Laman web

Salam reformasi dan salam perjuangan buat semua.

Semenjak diaktifkan semula seminggu yang lalu sokongan dan komen yang membina amat menggalakkan. Kami sedar ini kerana kegairahan rakyat Malaysia untuk menuntut perubahan dan mengimbau kembali kezaliman dan penindasan yang berlaku terhadap rakyat Malaysia. Laman web Black 14 diaktifkan semula untuk memadatkan bulan April khususnya kemuncak 14 April yang menjadi tarikh paling hitam sejarah kezaliman Dr. Mahathir terhadap rakyatnya. Anwar dihukum hanya kerana kelantangannya membela rakyat terbanyak dan menghalang wang negara terus dirompak oleh kroni dan anak beranak Dr Mahathir.

Mengikut rekod tripod.com lebih 100,000 pengunjung telah melayari laman ini, malangnya dalam seminggu kami dibina semula, 60 jam laman ini tidak dapat dimasuki kerana melebihi koata percuma yang ditetapkan oleh tripod.com. Kami memohon maaf di atas kesukaran yang timbul. Jika ini berlaku teman-teman perlu menunggu kira-kira 2-4 jam untuk membuka semula.

Melihat keghairahan ini kami sedang berusaha untuk memindahkan laman ini ke domain berbayar. Namun semua ini mungkin dapat dilaksanankan sedikit masa lagi. Kami sedang berusaha untuk mengumpulkan dana dengan tujuan membeli domain agar boleh menampung pengunjung dengan lebih ramai pada satu - satu masa. Dana ini juga dikumpulkan untuk menjalankan aktiviti - aktiviti lanjut sempena menjelang 14 April 2003. Kami akan mengeluarkan stiker, t-shirt, bendera, Risalah Penerangan dan Majalah Khas sempena tarikh keramat tersebut. Kami faham ini semua amat sukar dilakukan, tetapi kami juga sedar tiada jalan mudah dalam perjuangan.

Sokongan dan idea teman semua amat diperlukan. Semoga ada sinar menjelang 14 April 2003.  

 

Webmaster reform-black14.tripod.com
b_lack14@yahoo.com