Hipokriksma Dato Hishammuddin Tun Hussein dikesali

Utusan Malaysia, 27 Febuari 2003, melapurkan bahawa Datuk Hishammuddin Hussein  kecewa kerana pembangkang tidak memberi sokongan bagi Perhimpunan Aman Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil. Dato Hishmmuddin turut menyoal “di mana suara PAS dan dimana suara Keadilan kalau mereka benar-benar memperjuangkan keadilan”. Selaku mereka yang bertanggung jawab, kekecewaan Dato Hishammuddin itu bagi saya hanyalah suatu lagi “political statement” yang diusahakan untuk lonjatan politik beliau dan politik usang UMNO.
 
Sebenarnya persoalan yang sama boleh ditujukan kepada Ketua Pergerakan UMNO dan seluruh AJKnya, apakah dengan mengadakan perhimpunan Aman tersebut mereka sebenarnya memperjuangkan keadilan, dan lebih dari itu apakah beliau benar-benar faham mengenai apa itu keadilan? 

Persoalan pokok yang harus kita kaji ialah apakah dengan menghabiskan berjuta-juta wang rakyat bagi mengadakan konsert keamanan tersebut dapat memberi sesuatu implikasi yang menguntungkan rakyat? Apakah “fiesta” itu menunjukkan bahawa negara kita ini adil dan seterusnya aman?

Nyata dan lebih jelas lagi, kenyataan berikut belum tentu mendapat tempat dalam media arus Perdana namun yang pasti Dato Hishammuddin dan BN ghairah menyebut tentang keadilan dan keamanan.

Sebenarnya konsert keamanan adalah usaha murahan UMNO untuk menarik perhatian rakyat dalam melobi sokongan untuk pilihanraya akan datang. Tidak ada konsert yang dapat memperbaiki tindakan “mala fide” polis terhadap tahanan ISA dalam negara ini. Hanya dengan satu isu “Mala Fide” dan belum beribu-ribu isu yang di perketengahkan oleh pembangkang sudah cukup membuktikan bahawa Pemuda UMNO buta dengan erti keadilan.

Gambar-gambar berikut jelas menunjukkan bahawa UMNO hanya mahu lonjatan politik dan berselindung di sebalik Perhimpunan Aman. Ini merupakan antara satu dari berpuluh gambar yang akan menjelaskan bahawa perhimpunan itu mahu di tunggang oleh UMNO dalam usaha mencari sisa-sisa politik mereka yang usang.

Perhimpunan Aman itu juga menyaksikan ramai adik-adik sekolah yang di heret untuk memeriahkan lagi konsert keamanan. Semua jabatan kerajaan, institusi pendidikan dan segala bentuk organisasi-organisasi di kerah oleh UMNO dengan perbelanjaan yang begitu mewah demi menunjukkan bahawa kononnya rakyat Malaysia bersatu di bawah UMNO. Gambar semasa perhimpunan Aman inilah yang di seret oleh UMNO, dibawa ke hulu dan hilir untuk tujuaan propoganda politik mereka.

Jesteru itu, Dato Hishammuddin harus sedar bahawa pembangkang tidak hipokrit dalam menyatakan sokongan terhadap keamanan. Dato Hishammuddin harus sedar jolokkan tambang percuma dan konsert-konset itu tidak lain dari initiatif UMNO untuk mengaburi mata rakyat.

Kehadiran pembangkang di hadapan Kedutaan Amerika menyatakan pendirian kita pada 15 Febuari 2003 serentak dengan bantahan hampir seluruh bandar-bandar di dunia menunjukkan pendirian kita. Di mana UMNO sewaktu itu? UMNO sebok dengan aturcara konsert dan mengurus perbelanjaan bagi mengadakan konsert keamanan yang besar dan tidak ikhlas.

 Kami dengan ini lantas mencabar Dato Hishammuddin untuk menganjurkan perhimpunan UMNO dan kami sebaliknya dibenarkan berhimpun semperna Hari Memperingati Kezaliman Dr Mahathir. Dari situ ianya akan jelas bagi Datuk Hishammuddin bahawa UMNO hanya tinggal sisa dan tidak lagi di terima oleh rakyat khususnya Melayu.

Saya percaya di sebelah kami pula, andai permit dibenarkan maka rakyat Malaysia akan jelas mengetahui bahawa UMNO sudah usang dan perlu di tolak dari terus menghancurkan rakyat negara ini dengan bebanan kezaliman perlakukan Perdana Menteri Malaysia.

Kami menuntut agar saeluruh rakyat Malaysia bangkit untuk menyatakan pendirian kini mengenai kepemerintahan zalim Dr Mahathir dan kerajaan BN sekarang ini.

Sambutlah seruan Black 14 dari saya.

BADRUL HISHAM SHAHARIN
KETUA PENERANGAN  PEMUDA keADILAn PUSAT