Kenyataan rasmi kepada semua pengendali web

7 Mac 2003

Buat saudara webmaster / pengendali laman web / pemilik laman web.

 salam perubahan dan persaudaraan.

 Tahun ini merupakan tahun ke 4 "Black 14" disambut oleh rakyat Malaysia. Namun ramai yang masih tidak faham mengenai erti sebenar yang tersirat. Black 14 merupakan hari memperingati kezaliman regim mahathir terhadap seluruh rakyat malaysia. Sepanjang pemerintahan diktaktor mahathir tidak dapat dinafikan ramai yang telah dizalimi - terpenjara, terbunuh, terpisah, tersiksa teraniaya dan seumpamanya. Ops Lalang, pembunuhan beramai-ramai memali, penindasan kerana perbezaan aliran politik, pencabulan hak asasi, siri rompakan wang rakyat dan salahguna kuasa semua ini hanya disapu kebawah permaidani yang menutup penyiksaan rakyat. Mahathir dan regimnya dipotretkan sebagai wira pada dunia luar namun masih ada juga yang terus mengampu mungkin kerana takut atau kerana kepentingan tertentu.

 Semua itu tidak tertahan lagi apabila pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI), 1998. Semua tembelang telah terpecah. Kebangkitan rakyat umpama air melimpah di empangan pecah. Kemuncak kezaliman apabila sistem kehakiman dengan terang diperkosa oleh penguasa gila demi memenuhi nafsu diktaktor tua -Mahathir. 14 April diambil sebagai satu icon kebangkitan rakyat menentang kezaliman regim zalim mahathir.

 14 april yang disambut dengan protes besar-besaran rakyat telah menakutkan regim pemerintah. Perbagai usaha dilakukan black 14 dikaitkan dengan keganasan ! Walaupun rakyat sedar suasana kacau dan ganas hanya diwujudkan oleh polis dan agen provokator mereka.

 Kemungkinan 14 April 2003 tidak segelita dahulu, tokoh yang tersiksa kerana mempertahankan wang rakyat dari terus dirompak dan harta negara terus diperkosa oleh kroni regim zalim mahathir akan dibebaskan. Rakyat tidak akan lupa bagaimana DSAI difitnah dan dimalukan. Dipecat secara luar biasa.Dipukul untuk tujuan membunuh (merujuk suruhanjaya siasatan diraja) , cubaan membunuh dengan racun arsenik, tindakkan menafikan hak DSAI mendapat rawatan. Semua ini kerana kelantangan DSAI mengkritik dan mempertahankan hak rakyat terbanyak. Dalam siri kebangkitan reformasi selepas DSAI tertangkap regim ini makin gila. Ramai pemimpin dan pendokong gerakan reformasi telah ditangkap, disiksa dan dipenjara.

 14 April 2003 Anwar akan dibebaskan ? Ya, tiada alasan lagi.

 Kepada saudara teman - teman yang dikasihi saya merayu bersama kita memberikan tekanan dan simpati kita kepada siri perjuangan rakyat ini. Saudara boleh meletakkan logo black14-2003 (atas) dan link laman http://reform-black14.tripod.com di muka hadapan laman-laman saudara. Semua teks, logo, gambar atau apa sahaja dari laman tersebut saya benarkan untuk saudara ambil dan siarkan semula.

 Sokongan dan dokongan teman semua merupakan satu penghormatan kepada semua pejuang rakyat. pandangan dan soalan teman semua boleh di alamatkan ke b_lack14@yahoo.com

 Sekian dan salam perjuangan.

webmaster reform-black14
b_lack14@yahoo.com