Nota webmaster: berikut ialah terjemahan ringkas artikel Sdr. Ezam Mohd Nor. Terjemahan ini di buat oleh MarhainTua. Terima kasih MT.

 

IA BOLEH BERLAKU KEPADA ANDA JUA

(Pesanan Malaysia Kepada Dunia)

Ezam Mohd Nor

Pada minggu ini enam orang ahli perwakilan daripada parti pembangkang juga pertubuhan bukan kerajaan akan membentangkan kertaskerja mereka di persidangan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu di Genvea. Mreka akan membentangkan beberapa kisah bersangkutan hak asasi manusia yang berkruangan malahan sentiasa terhakis disebabkan tindakan rasmi dan penekanan terhadap kebebasan individu dan akhbar, hak berkumpul, kebebasan kehakiman dan hak arta persendirian dan juga hak golongan minoriti.

Katalog pencabulan itu memang sudah sendat. Pemerintahan yang pincang selama dua puluh tahun oleh Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah melahirkan satu negara yang berimejkan kejayaan, tetapi amat jauh daripada realitinya. Dnia menyaksikan imej indah paparan filem Hollywood dan propaganda kerajaan; dan Malaysia menjadi gah melalui Menara Kembarnya, melalui Litar Formula One dan kejohanan Golf antarabangsa, sedangkan rakyat marhain masih meranggung beban pemerintahan yang autoritarian itu.

Sememangnya wujud corak sistem demokrasi - tetapi itulah saja yang ada. Seperti juga bebrapa bekas negara komunis pemilu memang diadakan di Malaysia secara bermusim untuk menipu masyarakat antarabangsa betapa demokrasi itu masih hidup dan segar. Namun, kewujudan suruhanjaya pilihanraya yang curang dan partisan dan media massa yang berat sebelah, kerajaan berupaya mencekik dan menjerut kebebasan bersuara dengan alasan untuk memelihara stabiliti negara.

Satu tabir besi telah wujud di Eropah sepanjang Perang Dingin dulu, Satu tirai bambu (walaupun telah hancai) masih wujud di Asia Timur . Di persekitaran Asia Tenggara kini, akan beransur wujud satu 'tabir batik', Mahathir yang melantik dirinya sebagai "Wira Dunia Ketiga" telah bersekutu dengan beberapa pemimpin sealirannya untuk menganjurkan betapa hak asasi manusia iau adalah isu nasional dan kerajaan di Asia mempunyai kuasa mutlak ke atas hal hidup dan mati rakyatnya.

Inilah ideologi baru berasaskan nasionalisma berbentuk 'egocentric' dan 'xenophobic' yang amat berbahaya kepada Asia. Ia dicetuskan secara mengelirukan betapa pentingnya dilahirkan satu sistem demokratik di mana hak asasi manusia itu adalah lebih rendah lagi daripada hak rakyat di benua lain. Pada hakikatnya Mahathir berpendapat bahawa : Mahathir mempunya pandangan yang sinis dan mengelirukan tentang hak asasia manusia. Untuk tujuan politiknya dia meyokong campurtangan dunia dalam menyelesaikan masalah penindasan terhadap orang Bosnia, Kosovar dan Chechens. Tetapi, apabila rakyat Timur-Timur ditembak mati dan merusuh di jalanan, Mahathir berpendapat perkara itu semua adalah masalah dalaman dan sepatutnya tidak membabitkan petugas-pendamai antarabngsa. Di manakah garis pemisah itu ? Salahkah kalau kita bincangkan bahawa Mahathir kerap sangat mengatakan Barat itu salah sedangkan Asia itu Benar?

Seseorang itu perlu befikir dua kali setiap kali Mahathir membincangkan nilai hidup Asian. Kepada orang Asian, budaya dan nilai kehidupan itu menggambarkan cetusan konsensus dan kerjasama. Inilah kubu ketahanan masyarakt terhadap penindasan masyarakatnya dan inilah lambang semangat bergotong-royong. Namun, para juak Mahathir betapa Mahathir kerap sangat menyimpang dalam stail pemerintahannya yang tidak berbentuk Asian itu. Ia lebih banyak mempunyai kesamaan dengan fesyen kepimpinan pemimpin fasis dunia.

Ada satu ideology Mahathir yang boleh kita sebutkan sebagai "neo-fascism" ( ideology neo fasis).Ideology ini bukannya mengitkan kaedah pemerintahan fasis terkenal dunia seperti Hitler dan Mussolini, tetapi, ia menggambarkan betapa kebebasan setiap rakyat itu adalah tetakluk kepada tindak-tanduk negaranya. Ini bererti, rakyat dan negara mempunyai bidang pemisahnya di mana golongan yang diperintah itu diwajibkan kepada sistem feudalism dan sistem berpuak dan berdarjat.

Di Malaysia, seorang menteri boleh menggunakan jawatannya untuk memberikan kontrak berharga kepada anak menantunya dan tidak perlu dituduh sebagai melakukan rasuah walaupun pihak Attorney General sudah pun meluluskan kerja-kerja pendakwaan. Seseorang itu boleh manjadi ketua polis dan membalun banduan yang ditutup matanya sehingga mereka hampir maut, dan hanya didenda dan dipenjara untuk dua bulan sahaja. Tetapi, kalau seorang rakyat marhain memukul seorang anggot polis hukuman jel yang diterimanya tidak kurang daripad satu setengah tahun.

Ramai yang suka menyindir mudah berkata; untuk mendapatakan kebebasan berlebihan anakanak Malaysia harus berusaha menjadi meneri dan ketua polis. Alangkah sinisnya perkataan ini, tetapi itulah kenyataannya. Tetapi, rakyat marhain tidak perlu menukar status sosial untuk mendapatkan kebebasan. Ini sudah termaktub dalam perlambagaan. Apa yang kita mahukan ialah seorang pemimpin yang baru yang mnghormati undang-undang dan bukannya seorang yang memperlekehkan perlembagaan itu dan menunggang undang-undang untuk kepentingan dirinya.

Pada 15 April ini, rakyat marhain di Malaysia akan berkumpul secara aman di ibukota Kuala Lumpur untuk membuat protes terhadap pemerintahan rejim Mahathir. Sekali lagi, rakyat akan meminta golongan yang memerintah, polis, hakim-hakim dan semua bidang rasmi kerajaan agara membbaskan rantai yang membelengui mereka untuk bersama rakyat dalam perjuangan ini. Kami amat berharap kali ini, seluruh dunia akan bersimpati dengan perjuangan kami. Inilah kisah yang sama seperti yang dilihat belaku di Zimbabwe. Ia boleh berlaku di mana saja di mana pemimpin terlupa betapa kuasa sebenarnya adalah kepunyaan rakyat dan bukannya golongan elit yang memerintah.

Catatan MarhainTua: Beberapa tempat terjemahan adalah tidak tepat