"Bistari Berahim" Add To Address Book

Idea pada 15 April nanti

Assalamualaikum....

Saudara Pengarang...

Harap dapat saudara mempertimbangankan idea saya untuk menjaya "Black 14"pada hari Sabtu ini.

Sekiranya setiap jalan ditutup oleh pihak berkuasa tidak dapat diadakan solat hajat di masjid negara dapat kiranya pihak tuan mengusulkan supaya peserta yang muslim siap sedia dengan air wuduk dan dengan itu dimana saja adanya kawasan lapang disekitar Dataran juga disepanjang perjalanan ke istana negara kita adakan solat hajat dengan bilangan 50-100 orang dengan saf yang mantap dan selangkan dengan berturutan supaya ikatan ukhwah senatiasa kuat.

Buatlah dimerata-rata sekiranya difikirkan boleh.Tumpuan solat hajat dibuat sepanjang masa dalam menjaya menghantaran memorendum tersebut.Buat lah dengan penuh tawaduk supaya mendapat pertolongan dari Allah.Solat itu dibuat secara beperingkat sebagaimana kita mengerjakan solat semasa perang. Itu saja idea yang dapat saya ketengahkan untuk pihak tuan .

Semoga rahmat Allah senantiasa melindungi kita yang teraniaya.

Wassalam

 

Re4mac