Perhimpunan Aman Mendesak Mahathir hadir ke Mahkamah!

Salam sejahtera semua,

Nampaknya Mahathir begitu bacul sekali. Cakap sahaja berdegar-degar kununnya DSAI bermoral rendah. Bermacam-macam tuduhan telah mahathir lemparkan terhadap DSAI. Tetapi apabila dia di minta hadir ke mahkamah, dia enggan.

Dan nampaknya kita terpaksa turun sekali lagi mengadakan perhimpunan aman untuk mendesak Mahathir supaya hadir ke mahkamah.

Satu laman web sedang saya bina khusus untuk tujuan perhimpunan aman ini. Laman web ini akan di hebahkan kepada umum dalam sehari dua lagi.

Jadi kepada semua pendokong keadilan serta kepada mereka yang mahukan sistem kehakiman Malaysia di pulihkan, marilah kita turun ke jalan TAR pada 29 hb April 2000, 30 hb April 2000 dan 1 hb Mei 2000 nanti.

====================================================
Perhimpunan Aman Mendesak Mahathir hadir ke Mahkamah!
====================================================

Tarikh: 29 hb April 2000
        30 hb April 2000
         1 hb Mei  2000

Tempat: Jalan Tunku Abdul Rahman

Masa:   3.00 petang setiap hari.

sekian & salam reformasi,

 

AriffinJaka
emel: AriffinJaka@nawal.com

======================================================

Make your own free website on Tripod.com