Rombongan Rakyat

Mobilisasi Rakyat daripada seluruh pelusuk tanahari untuk turun ke Kuala Lumpur akan dipimpin oleh Pimpinan Alternatif, Pelajar dan NGO bermula daripada 14hb April, 2000 disebelah malam.Untuk perjalanan jarak jauh, tiga cara utama pergerakan telah dikenalpasti iaitu menggunakan Keretapi, Bas Ekspres dan Kereta.

Keretapi

ARAU – EL/T 1935hrs

SDR EZAM MOHD NOR, SDR ANNUAR TAHIR dan SDR ZAHID MD ARIP akan mengetuai rombongan daripada Arau bersama-sama rakyat negeri Perlis dengan menaiki Keretapi Ekspress Langkawi yang akan bertolak daripada Arau 1935hrs 14hb April, 2000.Tren ini akan berhenti di Alor Setar pada jam 2009hrs untuk mengambil SDR MAHFUZ OMAR dan rakyat Negeri Kedah.Setibanya di Sg. Petani jam 2102hrs, SDR SAIFUDDIN NASUTION bersama SDR JOHARI ABDUL akan menyertai rombongan ini.Rombongan terakhir yang akan menaiki tren ini adalah daripada Perak yang dipimpin oleh EN KHALIL SHAH, SDR HAMDAN TAHA dan rakyat Negeri Perak Darul Ridzuan.Tren ini dijangka tiba di Kuala Lumpur pada 0530hrs 15hb April,2000.


BUTTERWORTH – SM/9 2200hrs

SDR RUSLAN HAJI KASIM, YB TENG CHANG KHIM,YB RAHMAN KADIR, SDR SHAARI BAHARI DAN PROF DR MANSOR OTHMAN akan mengetuai rombongan daripada Butterworth bersama-sama rakyat Pulau Pinang dan Pelajar USM dengan menaiki Keretapi Senandung Malam / 9 yang akan bertolak dari Butterworth pada 2200hrs 14hb April, 2000.Tren ini akan berhenti di Stesyen Bkt. Mertajam, Nibong Tebal, Parit Buntar, Bagan Serai, Taiping, Padang Rengas, Kuala Kangsar, Sg Sipot, Chemor, Tg. Rambutan , Ipoh dan beberapa Stesyen lain untuk mengangangkut penumpang yang terdiri daripada rakyat Pulau Pinang, dan Perak.Tren ini dijangka tiba di Kuala Lumpur pada 0635hrs 15hb April,2000.


PASIR MAS – XW/17 1852hrs

YB SDR RAHMAN YUSOF, YB SAUFI DAUD dan SDR GOBALA KRISHNAN akan mengetuai rombongan Keretapi Ekspress Wau yang akan bertolak dari Pasir Mas pada 1852hrs 14hb April, 2000.Tren ini akan berhenti di Stesyen Tanah Merah, Krai, Dabong, Gua Musang, Kuala Lipis Jerantut, Mentakab serta beberapa Stesyen lain untuk mengangangkut penumpang yang terdiri daripada rakyat Kelantan, Terengganu dan Pahang.Tren ini dijangka tiba di Kuala Lumpur pada 0645hrs 15hb April, 2000.


 


JOHOR BAHARU– SM/12 2340hrs

YB SDR AZMIN ALI, SDR FAIZAL SANUSI, SDR SALAHUDDIN AYUB, SDR RAHMAN OTHMAN DAN SDR TIAN CHUAakan mengetuai rombongan Keretapi Senandung Malam / 12 yang akan bertolak dari Johor Baharu pada 2340hrs 14hb April, 2000.Tren ini akan berhenti di Stesyen Holiday Plaza, Kempas Baharu, Senai, Kulai, Sedenak, Layang- laying, Renggam, Mengkibol, Kluang, Segamat, Batang Melaka dan beberapa tempat lain untuk mengangangkut penumpang yang terdiri daripada rakyat Johor dan Melaka.Tren ini dijangka tiba di Kuala Lumpur pada 0615hrs 15hb April,2000.

BAS DAN KERETA

Rombongan Bas dan Kereta akan diketuai oleh Ketua-Ketua Pemuda Keadilan Negeri .Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Ketua Pemuda Negeri dibawah bagi mendapatkan maklumat mengenai rombongan bas dan kereta:-

Nama
Negeri 
Wilayah
Nasir
Johor
07-8830867 
 Shamsul
 N. Sembilan
012-3255076
Samsul Iskandar 
Melaka
013-6011090
Redzuan
Perlis
010-4190867 
Johari
Pulau Pinang
012-4081450 
Zul
Perak
05-5277268 
Moktar
Kedah
04-4234571
Rushdan
Kelantan
012-9888690 
Fakrul
Terengganu
010 4190867
Zakaria
Pahang
018-8297349
Wan Indra
Selangor
019-2605666 
Burhan Daud
Wilayah
013-3241168