1. Menghantar Memorandum kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Raja Raja melayu bagi menyampaikan hasrat RAKYAT untuk melihat Sistem Keadilan di Malaysia dipulihkan segera.
2. Menuntut agar institusi asas negara diletakkan di bawah bidang kuasa Parlimen dan Perdana Menteri tidak lagi berhak untuk melantik Ketua Hakim Negara, Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya.
3. Menyedarkan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong tentang USAHA Dr Mahathir untuk melaga-lagakan Institusi Di Raja dengan RAKYAT.
4. Menyeru tenaga RAKYAT dari seluruh pelusuk tanahair untuk turun bagi menyatakan bantahan mereka terhadap ketidakadilan Sistem Kehakiman, Khususnya berhubung dengan musibah yang menimpa HARAKAH , DETIK dan sebagainya serta HUKUMAN RINGAN yang diterima oleh Rahim Noor sekaligus memberi isyarat jelas bahawa RAKYAT masih berani berhimpun demi mempertahankan hak mereka.