Memorandum Rakyat telah berjaya di serahkan!

Tepat jam 9.00 malam, sdr. Lokman Noor Adam telah muncul membuat pengumuman bahawa Memorandum Rakyat yang baru sahaja selesai di baca oleh peserta perhimpunan AMAN telah selamat di serahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong pada petang tadi melalui Imam Besar Istana Negara.

Menurut Lokman lagi, walaupun kita gagal berhimpun dalam kumpulan yang besar akibat di pisah-pisahkan oleh pihak polis, namun hari ini kita telah mencapai kejayaan dengan membuktikan bahawa perhimpunan hari ini adalah AMAN. Kenyataan Dr. Mahathir sebelum ini bahawa perhimpunan hari ini adalah merupakan rusuhan dengan bersenjatakan kayu, parang, molotov koktail adalah merupakan fitnah keji dari Mahathir.

Memandangkan matlamat kita pada hari ini telah pun di capai, maka sdr. Lokman Noor Adam mengarahkan kepada semua peserta perhimpunan AMAN hari ini agar bersurai.

Di penghujung ucapannya, beliau membuat pengistiharan bahawa perhimpunan AMAN seterusnya akan di buat pada 21 hb April 2000 selepas solat jumaat di masjid Sungai Johor Alor Setar Kedah. Perarakan pada 21 hb April ini adalah untuk mengadap kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah di Istana Anak Bukit.

Sekian dan salam reformasi!.

 

Sumber20Lerrr