Pada tarikh 14hb April, 1999 telah tercoret satu sejarah hitam bagi rakyat Malaysia. Pada tarikh inilah, seorang putra melayu yang dinanti-nantikan oleh seluruh insan samaada diMalaysia atau dari seluruh pelusuk dunia, untuk menjadi pemimpin nombor satu di Malaysia dan sekaligus memimpin kebangkitan Asia, telah dijatuhkan hukuman 6 tahun penjara, hanya kerana beliau tidak mampu lagi membiarkan Dr. Mahathir memerintah negara ini mengikut sesuka hatinya.
Pada detik tersebut lengkaplah sudah keruntuhan secara total sistem kehakiman yang terlalu jelas tidak lagi berwibawa dan adil. Malah melambangkan kerakusan seorang Perdana Menteri yang sanggup mencemar kedaulatan sistem undang-undang negara, demi memastikan karier politik pencabarnya musnah sama sekali. Atas dasar itu, seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, mengambil tarikh keramat itu sebagai simbol kemuncak kehancuran Sistem Kehakiman Di Malaysia yang dikenali sebagai peristiwa "THE BLACK 14"
Sempena ulangtahun pertama "THE BLACK 14" ini, satu perhimpunan raksaksa yang bertujuan untuk mengembling seluruh tenaga dari segenap pelusuk tanahair telah dilancarkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda Keadilan Malaysia, Sdr Mohamad Ezam Mohd Nor, untuk sekali lagi mengadap Kebawah DYMM Sri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong bagi menyerahkan memorandum rakyat Malaysia.