Nota: Di petik dari Laman Black 14

Pesanan dari Lokman Noor Adam

Pada kira-kira jam 8.30 pagi saya buat kali terakhir telah memberikan salam perpisahan dengan saudara Ezam Mohd Nor. Memamg kami sudah menjangka bahawa sdr. Ezam akan di tahan.

Namun semua persiapan untuk program esok telah pun dikemaskan dengan baik. Arahan jelas yang saya terima daripada Sdr Ezam ialah untuk meneruskan perhimpunan esok hari secara aman.

Walaupun berbagai ancaman, halangan & rintangan yang bakal kita tempuh, perhimpunan esok akan tetap kita teruskan.

Sekiranya sesuatu berlaku ke atas saya, 8 orang pemimpin akan mengambil giliran masing-masing untuk meneruskan perjuangan ini. Perhimpunan ini tidak akan terhenti hanya pada hari esok, dan kita akan menyusun langkah ke istana Anak Bukit, Kedah jam 2.00 petang 21 hb April 2000.

Saya menyeru sekali lagi kepada mereka yang benar-benar cintakan keadilan dan mahu melihat sebuah negara yang bermaruah di warisi oleh generasi mendatang turun bersama-sama kami pada hari esok jam 3.00 petang di Masjid Negara.

Perubahan untuk program hari esok mungkin akan berlaku. Arahan selanjutnya akan di berikan oleh Sdr. Burhan Daud di no 013-3241168 .  

Salam perjuangan daripada saya,

Lokman Noor Adam (Arau Perlis)