Tour D'LRT

 

Pimpinan Alternatif dan Pelajar akan diberikan check point tertentu sepertimana dinyatakan dibawah untuk mereka memulakan perjalanan dari Stesyen Putra, STAR, dan Komuter untuk mengumpulkan penyokong reformasi sekitar Lembah Kelang menuju ke Masjid Negara.




 

PERJALANAN KOMUTER

 

Perjalanan Komuter dari SEREMBAN, PORT KLANG dan RAWANG akan bermula sekitar jam 2.00 Petang.  Sesiapa yang ingin menaiki komuter ini bersama-sama dengan pimpinan Alternatif dan Pelajar diminta untuk datang ke stesyen komuter utama di atas setengah jam sebelum komuter tersebut berlepas.

 

SEREMBAN – Tren 2.06 PM

 

SDR RUSLAN HAJI KASIM DAN SDR SALAHUDDIN AYUB akan mengetuai rombongan daripada Seremban diiringi oleh Sdr Shamsul, Ketua Pemuda Keadilan Negeri Sembilan dan barisan exco pemuda negeri berserta dengan rakyat Negeri Sembilan.  Pelajar UKM Bangi akan menaiki tren tersebut di stesyen Komuter UKM.

 

 

PORT KLANG – Tren 2.02 PM

 

YB TENG CHANG KHIM DAN SDR SHAARI BAHARI akan mengetuai rombongan daripada Port Klang diiringi oleh Sdr Hamidzun Khairuddin, Exco Pemuda Keadilan Malaysia berserta dengan rakyat Klang.  Pelajar-pelajar UiTM akan menaiki tren ini di stesyen komuter Shah Alam.  Rombongan ini juga akan disertai oleh Pergerakan Pemuda DAP.

 

 

RAWANG – Tren 2.05 PM

 

DR GHAZALI BASRI akan mengetuai rombongan daripada Rawang diiringi oleh AJK Badan Perhubungan Negeri Selangor serta rakyat Rawang.

 

* Perhatian bagi mereka yang ingin menaiki komuter daripada ketiga-tiga destinasi di atas tetapi hanya akan menunggu di salah satu stesyen yang dilalui oleh ketiga-tiga komuter di atas.  Sila pastikan anda menaiki komuter yang bertolak dari stesyen utama tepat jam 2.00 petang sahaja.  Untuk memastikan tren tersebut, kami akan memastikan disetiap stesyen dimana tren tersebut berhenti, seorang reformis akan mengibarkan bendera Malaysia.

 

 

PERJALANAN LRT STAR/PUTRA

 

Perjalanan LRT STAR/PUTRA dari KELANA JAYA, SRI PETALING, SENTUL TIMOR, MELATI dan AMPANG akan bermula tepat jam 3.00 Petang.  Sesiapa yang ingin menaiki Tren LRT ini bersama-sama dengan pimpinan Alternatif dan Pelajar diminta untuk datang ke stesyen LRT utama di atas setengah jam sebelum komuter tersebut berlepas.

 

 

KELANA JAYA

 

SDR EZAM MOHD NOR akan mengetuai rombongan daripada Stesyen LRT Kelana Jaya diiringi oleh rakyat negeri Melaka, Pahang, Johor, Pelajar UM serta rakyat sekitar Kelana Jaya.

 

 

SRI PETALING

 

SDR FAIZAL SANUSI akan mengetuai rombongan daripada Stesyen LRT Sri Petaling diiringi oleh rakyat Negeri Terengganu, Sabah, Pulau Pinang, Pelajar UPM dan rakyat sekitar Sri Petaling.  Rombongan ini juga akan disertai oleh Pemuda PRM.

 

 

SENTUL TIMOR

 

YB SDR MAHFUZ OMAR akan mengetuai rombongan daripada Stesyen LRT Sentol Timor diiringi oleh rakyat Negeri Sarawak, Wilayah Persekutuan, Pelajar UUM, Pelajar IPTS berserta rakyat sekitar Sentul.  Rombongan ini akan turut disertai oleh Dewan Pemuda Pas.

 

 

TERMINAL PUTRA (Taman Melati Parking)

 

YB SDR AZMIN ALI akan mengetuai rombongan daripada Stesyen LRT Terminal Putra di Taman Melati (Parking) diiringi oleh rakyat Negeri Kedah ,  Perlis,  Pelajar UIA dan rakyat sekitar Gombak.

 

 

AMPANG

 

SDR SAIFUDDIN NASUTION akan mengetuai rombongan daripada Stesyen LRT Ampang diiringi oleh rakyat Negeri Perak, Perlis dan Kelantan, Pelajar UTM, Pelajar USM serta rakyat sekitar Ampang.

 

 * Perhatian bagi mereka yang ingin menaiki Tren LRT daripada kelima-lima check point di atas tetapi hanya akan menunggu di salah satu stesyen yang dilalui oleh kelima-lima tren di atas.  Sila pastikan anda menaiki komuter yang bertolak dari stesyen utama tepat jam 3.00 petang sahaja.  Untuk memastikan tren tersebut, kami akan memastikan disetiap stesyen dimana tren tersebut berhenti, seorang reformis akan mengibarkan bendera Malaysia.