PENGENALAN THE BLACK-14

Pada tarikh 14 April 1999, tercatat satu sejarah hitam bagi seluruh rakyat Malaysia. Pada tarikh itu terpahat jelas suatu kezaliman yang diperlakukan keatas orang No 2 dalam kerajaan Malaysia, Sdr Anwar Ibrahim. Beliau dihukum penjara hanya kerana ketakutan dan ketamakan kuasa Dr Mahathir Mohamed yang memerintah berteraskan kronisma,nepotisma dan berlandaskan korupsi.

Pada detik tersebut lengkaplah sudah keruntuhan secara total sistem kehakiman yang terlalu jelas tidak lagi berwibawa dan adil. Malah sistem pemerintahan negara ini secara khusus melambangkan kerakusan seorang Perdana Menteri yang sanggup mencemar kedaulatan sistem perundangan, sistem demokrasi dan kedaulatan rakyat negara ini demi memastikan kuasa memerintah terus berada dalam genggamannya. Atas dasar itu, seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, mengambil tarikh itu sebagai simbol kemuncak kehancuran sistem kehakiman di Malaysia. Hari itu di kenali sebagai : THE BLACK 14

klik sini PROGRAM TERKINI

klik sini
KEPADA SEMUA PENGENDALI LAMAN WEB

klik sini
UNTUK PELANCARAN SEMULA DAN ATURCARA THE BLACK 14 2003 

klik sini KENYATAAN BARU WEB MASTER 26-02-2003 


THE BLACK 14 2003
kenyataan Web Master

Assalamaulaikum,
Salam Reformasi dan Salam Perjuangan.
Tanggal 22-02-2003

Laman Reform-Black 14 ini adalah laman asal yang bertapak di tripod.com sewaktu perlancaran pertama "Hari Memperingati Kezaliman Dr Mahathir 2000". The Black 14 - menyaksikan bukan sahaja kezaliman statik pada tahun 2000 yang mana Sdr Anwar Ibrahim telah di jatuhkan hukuman penjara 6 tahun tetapi kezaliman lain yang senantiasa berkait dengan Black 14. Seharusnya kita sudah maklum bahawa setaip kali Black 14 menjelma, maka setiap itulah Dr Mahahtir rakus melakukan kezaliman dengan tangkapan dan fitnah-fitnah terhadap pejuang rakyat yang hanya bermotifkan - tuntutan keadilan yang sebenarnya.

Rakan-rakan kita yang menyahut dan bangkit setelah terpenjaranya Sdr Anwar Ibrahim pada Black 14, 2000-2001-2002 kini terus di zalimi dan sehingga kehari ini ditahan dibawah Akta Zalim ISA. Kezaliman terus terpancar apabila Mahkamah Persekutuan baru-baru ini memutuskan bahawa penahanan mereka adalah anggara "niat jahat" Ketua Polis Negara. Biarpun keputusan Mahakamah Persekutuan telah menetapkan mereka seharusnya dibebaskan namun perlakukan kezaliman mereka melanggar segala hukum baik hukum ketetapan negara mahupun hukum kemanusian. Mereka rakus memerintah dan rakyat di sogokkan dengan penipuan demi penipuan.

Saudara-saudara yang dikasihi,

Sebagai meneruskan perjuangan menuntut keadilan maka kami LAHIRKAN KEMBALI LAMAN THE BLACK 14, untuk kita bangkit sekali lagi menuntut perubahan dan reformasi. Kami akan bangkit menyusuli perjuangan mereka yang kini terpenjara dalam usaha untuk menuntut keadilan. Kami akan tuntut sekali lagi, mungkin buat kali terakhir dan bangkit untuk menyatakan hasrat REFORMASI dengan semangat kepimpinan adil pemimpin di sembah dan kepimpinan zalim, pemimpin di sanggah.

Saudara-saudara yang di kasihi,

Capai kembali umbun-umbun semarak api, tiupkan kembali bara-bara itu, nyalakan semula ia, biar menyala ia membakar jiwa, lantas terbangkit semangat juang kita, menuntut REFORMASI demi keadilan di bumi bertuah ini.

Kepada rakan-rakan kami, Sdr Ezam Mohd Nor, Sdr Tien Chua, Sdr Lokman Noor Adam, Sdr Saari Sungib dan Sdr Hishammuddin Rais, kami kini hadir. Kami kini menolak erti ketakutan, kami hadir sebagaimana yang kami janjikan, REFORMASI akan menyala semula, keadilan pasti menyinari kita sekali ini. Kepada Sdr Anwar Ibrahim, insyallah kehadiran kami atas keizinan Allah SWT, perjuangan kami atas nama keadilan dan lahir kami atas agama, bangsa dan negara.

Saudara-saudara sekelian,

Sahutlah seruan kami, hadir dan tunjukkan gegaran besar kita. Ini permulaan semula. Nantikan kehadiran kami memohon semangat dari semua untuk terus bersatu dalam perjuangan terakhir : membebaskan Malaysia dari kezaliman dan seterusnya MENANTI SINAR PADA THE BLACK 14 2003

Lawan tetap Lawan

Antara penyelia ASAL Laman http://reform-black14.tripod.com