BLACK-14 HARI MEMPERINGATI KEZALIMAN MAHATHIR

Berita Semasa

klik sini PROGRAM TERKINI

klik sini ANWAR WAJIB BEBAS 14 APRIL 2003
klik sini PAS TUNTUT KEADILAN KEATAS ANWAR

klik sini RALLY BLACK 14 DAPAT SAMBUTAN RAKYAT - WEBREFORMIS

klik sini Kenapa Anwar Perlu Bebas 14 April: Hujah Undang-undang

klik sini Kronologi Peristiwa Pemecatan & Pemenjaraan DS Anwar Ibrahim

klik sini HISHAMMUDDIN HIPOKRIT - BADRUL

klik sini
KEPADA SEMUA PENGENDALI LAMAN WEB

klik sini
UNTUK PELANCARAN SEMULA DAN ATURCARA THE BLACK 14 2003 

klik sini KENYATAAN BARU WEB MASTER 26-02-2003 

 

" kalau bukan minggu ini , minggu depan..... kalau bukan bulan ini bulan depan...kalau bukan tahun ini tahun depan.... namun Lawan Tetap Lawan "

Kini masanya telah tiba....penentuan terakhir telah sampai..... 14 April 2003 akan menyaksikan wira rakyat yang terpenjara akan kembali kepangkuan kita...........................

Namun regim zalim penjajah sekular Mahathir dan Barisan Nasional tidak akan berdiam diri... tetapi kali ini rakyat akan bangkit.....kezaliman akan dihentikan.

 

PENGENALAN THE BLACK-14

Pada tarikh 14 April 1999, tercatat satu sejarah hitam bagi seluruh rakyat Malaysia. Pada tarikh itu terpahat jelas suatu kezaliman yang diperlakukan keatas orang No 2 dalam kerajaan Malaysia, Sdr Anwar Ibrahim. Beliau dihukum penjara hanya kerana ketakutan dan ketamakan kuasa Dr Mahathir Mohamed yang memerintah berteraskan kronisma,nepotisma dan berlandaskan korupsi.

Pada detik tersebut lengkaplah sudah keruntuhan secara total sistem kehakiman yang terlalu jelas tidak lagi berwibawa dan adil. Malah sistem pemerintahan negara ini secara khusus melambangkan kerakusan seorang Perdana Menteri yang sanggup mencemar kedaulatan sistem perundangan, sistem demokrasi dan kedaulatan rakyat negara ini demi memastikan kuasa memerintah terus berada dalam genggamannya. Atas dasar itu, seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, mengambil tarikh itu sebagai simbol kemuncak kehancuran sistem kehakiman di Malaysia. Hari itu di kenali sebagai : THE BLACK 14





  

Nostalgia Black 14

Laman ini didokong oleh

Laman Web Reformis

Laman Mahazalim

Laman Ezam Reform

Laman M@rhaen

Laman Tranungkite

 

 

Jadual Program

Program terkini Menjelang Sinar 14 April 2003

Rombongan menghantar " Permohonan Permit Polis " sempena
Perhimpunan Menyambut Kebebasan DSAI pada 14 April 2003
* bersama kepimpinan pemuda
6 Mac 2003 - Khamis
10.00 pagi
Ibupejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman
(pintu masuk sebelah British Council)

Ceramah Umum
Menjelang Pembebasan DSAI
6 Mac 2003 - Khamis
9 malam
Markas Tarbiyah PAS, Taman Melewar, KL
Bersama Peguam Zulkifli Nordin dan Naib Pemuda KeADILan, Zahid Md Arip 

Lapuran Program klik sini


Siri Road Show Perdana " Pemuda Jelajah Malaysia "
Pembebasan Anwar 14 April 2003
Anjuran Pemuda keADILan Negeri Selangor
7 Mac 2003 – 9.00 malam
Rumah Raja Komando, Taman Seri Andalas, Kelang.

Ceramah Umum
Menjelang Sinar 14 April 2003
7 Mac 2003 - 9.00 malam
13501, Persiaran Rahmat, Desa Rahmat, Teras Jernang,
Bandar Baru Bangi.
Bersama Sdr.Zulkifli Nordin (Peguam DSAI) dan Cikgu Badrul (Ketua Penerangan Pemuda keADILan Pusat)

Lapuran Program klik sini


TAKLIMAT KHAS JENTERA PEMUDA KEADILAN
Melibatkan jentera pemuda Selangor,Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor
8 March 2003 3.30 ptg 
Pejabat Pemuda Bahagian Seremban, Tingkat Atas Pusat Rawatan Homopathy Ampangan (sebelah Pasar Ampangan)


Siri Road Show Perdana " Pemuda Jelajah Malaysia "
Pembebasan Anwar 14 April 2003

Anjuran Pemuda keADILan Negeri Sembilan
8 Mac 2003 – 9.00 malam
Kg. Air Petai, Kuala Pilah


Siri Road Show Perdana " Pemuda Jelajah Malaysia "
Pembebasan Anwar 14 April 2003

(Anjuran Pemuda keADILan Kedah)
14 Mac 2003 – 9.00 malam
Dewan Beng Siew, Pekan Lama, Sg. Petani
 


Siri Road Show Perdana " Pemuda Jelajah Malaysia "
Pembebasan Anwar 14 April 2003

(
Anjuran Pemuda keADILan Kelantan)
14 Mac 2003 – 9.00 malam
Dewan Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan


Siri Road Show Perdana " Pemuda Jelajah Malaysia "
Pembebasan Anwar 14 April 2003

(Anjuran Pemuda keADILan Pulau Pinang)
15 Mac 2003 – 9.00 malam
Dataran Pejuang, Cherok To’Kun, Bkt. Mertajam  


Siri Road Show Perdana " Pemuda Jelajah Malaysia "
Pembebasan Anwar 14 April 2003

(
Anjuran Pemuda keADILan Terengganu)
15 Mac 2003 – 9.00 malam
Dewan Sivik, Chukai, Kemaman, Terengganu
 


Pelancaran “30-Day Countdown” Anwar Bebas
15 Mac 2003 – 3.00 petang

Pejabat Keadilan Shah Alam.

Program Solat Hajat
mendoakan pembebasan Anwar Ibrahim
15 Mac 2003 – selepas solat Isyak
Masjid
KLCC, Kuala Lumpur


Siri Road Show Perdana " Pemuda Jelajah Malaysia "
Pembebasan Anwar 14 April 2003

(Anjuran Pemuda keADILan Pahang)
16 Mac 2003 – 9.00 malam
Balai Islam (Markaz PAS) Permatang Badak, Kuantan.


Siri Road Show Perdana " Pemuda Jelajah Malaysia "
Pembebasan Anwar 14 April 2003

(
Anjuran Pemuda keADILan Perak)
16 Mac 2003 – 9.00 malam
Perak


Munajat Perdana
Solat Maghrib dan solat hajat di Imamkan oleh Ust Harun Din Al Hafiz

17 Mac 2003 – 7.00 malam
Darul Syifa’ , Bangi.


Perhimpunan Rakyat Bersama DSAI
Pendengaran permohonan “Judicial Review” kes pertama
Anwar Ibrahim
18 Mac 2003 – 9.00 pagi
Hadapan Mahkamah Persekutuan, Kuala Lumpur

Munajat Rakyat 
Solat Zuhor Jemaah dan solat hajat berjemaah
diimamkan oleh Dato’ Sheikh Azmi, Bekas Mufti Pulau Pinang

18 Mac 2003 – 1.30 ptg
Masjid Jame’, Kuala Lumpur.


Siri Road Show Perdana " Pemuda Jelajah Malaysia "
Pembebasan Anwar 14 April 2003

(Anjuran Pemuda keADILan Pahang)
21 Mac 2003 – 9.00 malam
Johor


Siri Road Show Perdana " Pemuda Jelajah Malaysia "
Pembebasan Anwar 14 April 2003

(
Anjuran Pemuda keADILan Pahang)
22 Mac 2003 – 9.00 malam
Melaka


Siri Road Show Perdana " Pemuda Jelajah Malaysia "
Pembebasan Anwar 14 April 2003

(
Anjuran Pemuda keADILan Wilayah Persekutuan)
23 Mac 2003 – 9.00 malam
Pejabat Keadilan Bahagian Wangsa Maju,
Danau Kota Off Jalan Genting Kelang, Setapak


24 Mac 2003

Pendengaran permohonan rayuan kes kedua Anwar Ibrahim di Mahkamah Rayuan Kuala Lumpur.

12 April 2003

Perhimpunan Perdana Malam Kemuncak Kempen Anwar Bebas Pemuda keADILan di Markaz Tarbiyyah PAS, Taman Melewar, Gombak.

Penceramah utama:

YAB Dato Seri Abdul Hadi Awang (PAS),

YB Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (keADILan),

Dr. Syed Hussin Ali (PRM),

Encik Lim Kit Siang (DAP),

YB Saifuddin Nasution Ismail (keADILan),

Sdr. Mohd Zahid Md Arip (Pemuda keADILan)

13 April 2003

Perayaan sambutan Hari Wanita Sedunia keADILan peringkat kebangsaan dan Kempen Anwar Bebas di Ipoh, Perak anjuran Wanita keADILan.

 

PROGRAM AKAN DI UPDATE DARI SEMASA KE SEMASA SEBARANG MAKLUMAT SILA EMAILKAN KE b_lack14@yahoo.com

* majlis kesyukuran bersama DSAI pertanyaan hubungi 0136090348,0193350477

 

sepintas lalu 

Siri jelajah kedua diadakan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 7 Mac 2003. Ceramah yang dimulakan oleh YB Ust Ramli Ibrahim (Kota Bharu) telah mendapat sambutan sungguhpun hari hujan. Penceramah pemuda telah diwakili oleh Zahid Md Arip, Shamsul Iskandal, Saiful Izham Ramli dan Cikgu Badrul telah berjaya memperjelaskan isu - isu berkaitan dengan pembebasan DSAI. Panji perjuangan BLACK14 telah diserahkan dengan rasmi kepada wakil pemuda Negeri Sembilan dan laungan "reformasi" bergema menandakan sokongan rakyat tetap padu pada gerakan perubahan.

Taklimat Khas Jentera Pemuda Keadilan yang melibatkan Pemuda Johor, Melaka, Negeri Sembilan,Selangor dan Wilayah Persekutuan telah menyaksikan penyerahan "mandat" Panji-panji perjuangan BLACK14. Taklimat terkini yang diberikan oleh Naib Ketua Pemuda dan beberapa kepimpinan pemuda telah membakar semangat juang seluruh jentera pemuda yang hadir. Pemuda berikrar untuk meneruskan semangat 'lawan tetap lawan'. 


Pada  7 Mac juga di Bangi Cikgu Badrul (Ketua Penerangan Pemuda Keadilan Pusat) bersama Zulkifli Nordin turut mengadakan ceramah umum memperjelaskan isu menjelang 14 April 2003. Walaupun tapak ceramah belum dikenali dan agak "kedalam" namum kehadiran hampir 500 orang menunjukan rakyat sedang bersedia menyambut pembebasan Datuk Seri' Anwar Ibrahim.

Siri Road Show Perdana " Pemuda Jelajah Malaysia " Pembebasan Anwar 14 April 2003 dilancarkan pada 7 Mac 2003 di Tmn. Seri Andalas, Kelang. Kehadiran kira -kira 2000 pendokong reformasi dan lebih 500 orang anggota polis telah memperlihatkan sokongan rakyat dan ketakutan polis yang tidak dapat ditahan. 


  Sambutan luar biasa,lebih dari 10,000 telah membanjiri Taman Melewar pada 6hb March 2003 untuk mendengar penjelasan mengenai pembebasan Sdr Anwar Ibrahim pada 14hb April 2003. Zulkifli Nordin selaku Peguam Anwar menyampai salam Datuk Seri Anwar. Beliau memaklumkan bahawa pada 18hb March 2003 Datuk Seri Anwar akan berada di Mahkamah Persekutuan untuk "review" kes 1 beliau. Semua pendokong reformasi diminta hadir di perkarangan Mahkamah. 


Rombongan 10 Exco Pemuda Pusat telah menghantar permohonan permit perhimpunan 14 April di Bukit Aman pada 6 Mac 2003. 


 

THE BLACK 14 2003
kenyataan Web Master

Assalamaulaikum,
Salam Reformasi dan Salam Perjuangan.
Tanggal 22-02-2003

Laman Reform-Black 14 ini adalah laman asal yang bertapak di tripod.com sewaktu perlancaran pertama "Hari Memperingati Kezaliman Dr Mahathir 2000". The Black 14 - menyaksikan bukan sahaja kezaliman statik pada tahun 2000 yang mana Sdr Anwar Ibrahim telah di jatuhkan hukuman penjara 6 tahun tetapi kezaliman lain yang senantiasa berkait dengan Black 14. Seharusnya kita sudah maklum bahawa setaip kali Black 14 menjelma, maka setiap itulah Dr Mahahtir rakus melakukan kezaliman dengan tangkapan dan fitnah-fitnah terhadap pejuang rakyat yang hanya bermotifkan - tuntutan keadilan yang sebenarnya.

Rakan-rakan kita yang menyahut dan bangkit setelah terpenjaranya Sdr Anwar Ibrahim pada Black 14, 2000-2001-2002 kini terus di zalimi dan sehingga kehari ini ditahan dibawah Akta Zalim ISA. Kezaliman terus terpancar apabila Mahkamah Persekutuan baru-baru ini memutuskan bahawa penahanan mereka adalah anggara "niat jahat" Ketua Polis Negara. Biarpun keputusan Mahakamah Persekutuan telah menetapkan mereka seharusnya dibebaskan namun perlakukan kezaliman mereka melanggar segala hukum baik hukum ketetapan negara mahupun hukum kemanusian. Mereka rakus memerintah dan rakyat di sogokkan dengan penipuan demi penipuan.

Saudara-saudara yang dikasihi,

Sebagai meneruskan perjuangan menuntut keadilan maka kami LAHIRKAN KEMBALI LAMAN THE BLACK 14, untuk kita bangkit sekali lagi menuntut perubahan dan reformasi. Kami akan bangkit menyusuli perjuangan mereka yang kini terpenjara dalam usaha untuk menuntut keadilan. Kami akan tuntut sekali lagi, mungkin buat kali terakhir dan bangkit untuk menyatakan hasrat REFORMASI dengan semangat kepimpinan adil pemimpin di sembah dan kepimpinan zalim, pemimpin di sanggah.

Saudara-saudara yang di kasihi,

Capai kembali umbun-umbun semarak api, tiupkan kembali bara-bara itu, nyalakan semula ia, biar menyala ia membakar jiwa, lantas terbangkit semangat juang kita, menuntut REFORMASI demi keadilan di bumi bertuah ini.

Kepada rakan-rakan kami, Sdr Ezam Mohd Nor, Sdr Tien Chua, Sdr Lokman Noor Adam, Sdr Saari Sungib dan Sdr Hishammuddin Rais, kami kini hadir. Kami kini menolak erti ketakutan, kami hadir sebagaimana yang kami janjikan, REFORMASI akan menyala semula, keadilan pasti menyinari kita sekali ini. Kepada Sdr Anwar Ibrahim, insyallah kehadiran kami atas keizinan Allah SWT, perjuangan kami atas nama keadilan dan lahir kami atas agama, bangsa dan negara.

Saudara-saudara sekelian,

Sahutlah seruan kami, hadir dan tunjukkan gegaran besar kita. Ini permulaan semula. Nantikan kehadiran kami memohon semangat dari semua untuk terus bersatu dalam perjuangan terakhir : membebaskan Malaysia dari kezaliman dan seterusnya MENANTI SINAR PADA THE BLACK 14 2003

Lawan tetap Lawan

Antara penyelia ASAL Laman http://reform-black14.tripod.com

Email kami b_lack14@yahoo.com